Skip to main content
 
23-25 November 2023 | Bengkel Pembangunan Modul Aktiviti Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) UTHM 2023
 
Badan Operasi ARPRM, Pusat Kepimpinan dan Kompetensi (PKK) UTHM telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Aktiviti ARPRM UTHM 2023 pada 23 hingga 25 November 2023 bertempat di The Straits Hotel and Suites, Melaka.
Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kaedah, perananan dan tanggungjawab badan operasi, pemimpin dan mentor serta pendedahan tentang perekodan dan penilaian yang betul, merancang. Melalui bengkel ini, semua peserta didedahkan bagaimana untuk membangunkan modul bagi aktiviti ARPRM.
Bengkel ini disertai seramai 22 orang staf yang terdiri daripada pemimpin badan beruniform universiti.
Bengkel ini telah disampaikan oleh Tuan Armizam bin Abd Rahim, Ketua Mentor dan Penyelaras Program ARPRM, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.